Tahniah Datuk Lee Chong Wei
Kemenangan Bermakna!!

Ucapan TAHNIAH saya ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kemenangan BERGAYA Kategori Perseorangan All England baru-baru ini. Beliau telah berjaya menjinakkan seteru utamanya iaitu Lin Dan dari China dalam perlawanan yang memakan masa singkat saja. Walaupun saya tidak kesempatan untuk melihat perlawanan secara langsung tetapi keputusan telah membawa impak yang besar kepada kita.

Masih lagi bermain difikiran saya, ketika Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada Piala Thomas di Malaysia. Lin Dan memperlekehkan bukan setakat Datuk Lee Chong Wei, malahan rakyat Malaysia secara amnya. Manakan tidak, tarian yang saya anggap menghina itu dipertonton kepada masyarakat melalui televisyen secara langsung. Alangkah baiknya kalau saya dapat melihat saat-saat Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan.

Semangat yang dibawa oleh Datuk Lee Chong Wei seharusnya dicontohi oleh belia-belia negara. Semangat ini yang kita perlukan dalam membangunkan negara bangsa kita. Sikap tidak putus asa, berkeyakinan tinggi dan berjuang untuk negara adalah semangat yang jika digunakan pada landasan yang betul, ia akan menjadi pembakar kepada kekuatan belia-belia negara.

Semoga Datuk Lee Chong Wei dapat mengekalkan rentak kemenangan pada siri-siri perlawanan akan datang.

Agi Idup Agi Ngelaban